Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Raja Muda Perlis kecewa Islam ditonjol secara negatif

 | October 18, 2017

Tuanku Syed Faizuddin berkata ada pihak yang menonjolkan Islam secara negatif sehingga menjadi bahan sendaan.

Perlis-Tuanku2DHAKA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyatakan rasa kecewa kerana ada pihak yang menonjolkan Islam secara negatif sehingga menjadi bahan sendaan.

Tuanku Syed Faizuddin turut melahirkan rasa bimbang apabila segelintir masyarakat mengambil mudah untuk mendapatkan kesahihan sesuatu isu berkaitan Islam tanpa merujuk kepada sumber yang sah.

Tuanku Syed Faizuddin berkata Islam merupakan agama yang cintakan keharmonian ketika menyampaikan syarahan umum kepada pegawai dan pelajar Daffodil International University, di sini.

Hadir sama Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu berada di Bangladesh sejak Ahad lepas bagi mengetuai misi kemanusiaan membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pelarian.

Terdahulu baginda bersama delegasi meninjau kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar serta menyampaikan bantuan kepada mereka.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments