Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Tak benar Bellew letak jawatan kerana campur tangan Khazanah’

 | October 18, 2017

Khazanah Nasional Bhd berkata, Lembaga Pengarah dan pengurusan Malaysia Airlines mengemukakan pelan utamanya kepada Khazanah selaku pemegang saham tunggal dan pembiaya penstrukturan semula.

Peter-Bellew-Khazanah-Nasional-Bhd-masKUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd menyifatkan artikel sebuah akhbar harian yang ia campur tangan sehingga menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew meninggalkan syarikat penerbangan itu, sebagai salah dan mengelirukan.

Khazanah dalam satu kenyataan berkata, artikel bertajuk “Khazanah meddling led to Bellew exit?” yang disiarkan pada 17 Oktober lalu merupakan spekulasi dan berdasarkan sumber tidak dinamakan.

“Ia salah dan mengelirukan,” kata Khazanah.

Menurutnya, Lembaga Pengarah dan pengurusan Malaysia Airlines mengemukakan pelan utamanya kepada Khazanah, sebagai pemegang saham tunggal dan pembiaya penstrukturan semula itu.

“Secara kolektifnya, kami bekerjasama rapat bagi menjayakan penstrukturan semula itu sehingga hari ini,” katanya.

Khazanah juga menjelaskan tiada pegawai Khazanah dihubungi untuk memberi ulasan sebelum penyiaran artikel spekulatif terbabit.

Cabang pelaburan kerajaan itu berkata, ia mematuhi rangka kerja kelulusan dan tadbir urus digariskan kerajaan menerusi Pelan Pemulihan MAS yang dikeluarkan pada 29 Ogos 2014 dan Akta 2015 Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) (Akta MAS 2015), bagi penstrukturan semula Malaysia Airlines.

Malaysia Airlines terkejut Peter Bellew umum letak jawatan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments