Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Taufan Paolo kucar-kacirkan Sabah

 | October 18, 2017

Pasukan penyelamat tergesa-gesa mengawal keadaan di tengah-tengah banjir dan pokok tumbang apabila ekor taufan Paolo melanda pantai barat Sabah.

sabah-taufanKOTA KINABALU: Bomba dan penyelamat tergesa-gesa mengawal keadaan selepas angin kuat daripada taufan Paolo menumbangkan pokok, menerbangkan papan tanda dan merosakkan gerai sepanjang jalan di pantai barat Sabah.

Jabatan Perkhidmatan Atmosfesa, Geofizik dan Astronomi Filipina (Pagasa) berkata taufan itu, yang dikelaskan sebagai siklon tropika awal minggu ini, semakin kuat.

Dengan tiupan kencang sekuat 145kph dan angin berterusan selaju 120kmph, taufan itu menyebabkan angin kuat dan hujan menyelubungi seluruh negeri.

Pada Rabu, foto pokok tumbang yang menghalang batang jalan di Likas, Penampang dan Kota Kinabalu tersebar di media sosial.

Pokok turut rebah menimpa beberapa kereta berdekatan Lembaga Kebudayaan Sabah di Kota Kinabalu.

Angin berterusan sejak Ahad menyebabkan batuan tebing jatuh menimpa jalan raya.

Gerai-gerai sayur di Kundasang, yang terkenal dengan hasil tani segar, rosak teruk selepas angin kuat melanda pekan di pergunungan itu.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata mereka menerima lebih 100 panggilan dalam tempoh 2 jam hari ini daripada orang ramai memohon bantuan mengalihkan pokok tumbang dan menyelamatkan binatang peliharaan yang terperangkap.

“Kebanyakan panggilan itu daripada lokasi yang sama sekitar Kota Kinabalu manakala pemilik haiwan menghubungi kami yang peliharaan mereka terperangkap selepas terjatuh ke dalam longkang,” katanya.

Di Kota Belud, Angkatan Pertahanan Awam sibuk memindahkan penduduk yang hilang tempat tinggal sejak Selasa, apabila beberapa batang sungai di daerah itu membanjiri kampung berdekatan.

Pasar traditional Tamu Besar Kota Belud yang dijadualkan diadakan dalam masa satu minggu lagi juga dinaiki air.

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran angin kuat dan laut bergelora di laman sesawang. Jabatan memaklumkan angin kuat dijangka berterusan sehingga Sabtu.

Sabah, yang mendapat gelaran Di Bawah Bayu, terletak di selatan kawasan taufan, menyebabkan negeri itu terdedah kepada kesan buruk taufan yang melanda Filipina, seperti taufan Haiyan pada 2013.

Sabah tidak pernah ditimpa taufan kecuali ribut tropika, dan yang terburuk ialah Ribut Tropika Greg pada hari Krismas 1996.

Lebih 100 orang maut, 200-300 orang hilang dan 4,000 orang hilang tempat tinggal dalam bencana itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments