Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tidak ada campur tangan kerajaan, kata Peter Bellew

 | October 18, 2017

Sebaliknya kerajaan dan Khazanah menyokong dan membantu mempercepat transformasi Malaysia Airlines, kata CEO.

peter-masKUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Peter Bellew berkata tidak ada campur tangan daripada sesiapa ketika beliau menjalankan tugasnya di Malaysia Airlines, namun beliau akan berpindah ke Ryanair kerana cintakan tanah air yang memanggilnya pulang ke Ireland.

Dalam respon peribadi kepada pertanyaan media, Bellew berkata beliau menerima panggilan daripada Ryanair lewat petang 2 minggu lepas untuk menjadi ketua pegawai operasi syarikat itu.

“Ia merupakan syarikat terhebat Ireland. Mereka perlukan bantuan saya dan terdapat cabaran yang besar. Ia dalam bentuk khidmat untuk negara,” katanya.

Bellew berkata semasa ditanya pada 27 September, sama ada akan ke Ryanair, beliau berkata tidak, namun seminggu kemudian, panggilan itu diterima.

“Dalam hidup, kita sebenarnya tidak dapat berkata tidak,” jelas beliau.

“Saya tidak sabar lagi untuk kembali berdekatan dengan keluarga dan rakan-rakan di Ireland,” katanya.

Beliau menyifatkan Malaysia Airlines sebagai “istimewa” kerana ia bukan sahaja sebuah syarikat penerbangan, bahkan antara simbol paling awal kerancakan negara ini yang hebat.

“Mereka yang tidak pernah menaikinya, sukakannya. Kebanyakan negara mahukan ia kembali maju dan menjadi kebangaan negara. Ia tugas yang sukar untuk melakukannya,” katanya.

“Kejayaan kini dalam gengaman kita. Hanya 4-5% lagi hasil bulanan dan ia akan membuat keuntungan.
Tidak selalunya mudah untuk untung, namun dalam suku kedua, hasil meningkat 7%.

Produk sudah nampak meningkat, pesawat baharu berangka besar, ruang istirahat baharu, program kesetiaan yang baharu, dan operasi yang lebih baik di Kuala Lumpur,” katanya.

Bellew bagaimanapun berkata masih ada tugas yang perlu dilakukan ke atas makanan!

“Banyak yang sudah dibuat – banyak lagi perlu dilakukan,” katanya.

Beliau bekata jenama tidak perlu diubah, namun banyak kerja perlu dilakukan di peringkat global menerusi media dan ejen pelancongan bagi membangunkan semula warisan.

“Orang sukakan Malaysia Airlines. Jenama sudah hidup semula dari China ke UK dan ke Australia.

Usaha perlu diteruskan dan akan menghasilkan 5% pertumbuhan hasil tambahan,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada Khazanah Nasional Bhd yang mempercepat transformasi serta Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar yang memberikan sokongan.

“Biar saya jelaskan. Khazanah ialah syarikat pelaburan Malaysia yang berkaitan dengan kerajaan. Mereka memberikan sokongan penuh kepada saya secara peribadi dan dari segi korporat.

Saya berusaha untuk telus dalam urusan harian, termasuk dalam mesyuarat dan mengheret petugas mereka untuk bekerja dengan kami! Ia berjaya. Tidak ada campur tangan,” kata Bellew.

“Ramai yang bertanya bagaimana saya tangani campur tangan kerajaan. Tidak berlaku pada saya. Sifar (tiada langsung) campur tangan,”katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments