Zamihan cabar Khalid buktikan dakwaan dilindungi ‘godfather’
Sekiranya Khalid gagal berbuat demikian, maka beliau salah seorang pemimpin Amanah yang “suka berbohong” dan “gemar memfitnah” individu yang berbeza fahaman.
Beliau berkata, sekiranya Khalid gagal berbuat demikian, maka beliau salah seorang pemimpin Amanah yang “suka berbohong” dan “gemar memfitnah” individu yang berbeza fahaman agama dengannya.
Beliau menuntut Khalid membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan yang “jelas berniat jahat” dan cuba merosakkan imejnya atau berdepan tindakan undang-undang.
“Kenyataan Khalid bukan saja cuba memburukkan imej saya malah beliau dilihat suka mengambil kesempatan terhadap isu yang tercetus demi kepentingan politik beliau khususnya pembangkang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam, Khalid mendakwa Zamihan dilindungi oleh seorang individu yang berpengaruh.
Pemimpin Amanah itu menambah individu itu kini cuba mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, untuk merayu bagi pihak Zamihan kerana kenyataan mengkritik Sultan Johor baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Zamihan turut menyatakan bahawa beliau bersedia untuk bersemuka dengan Khalid bagi mencari kebenaran mengenai isu terbabit.
“Wacana berkenaan boleh diadakan dalam bentuk diskusi, forum mahupun debat di mana-mana lokasi yang beliau tetapkan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
“Sebagai seorang pemimpin beliau harus cermat dan tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti,” katanya.