Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bekas menteri Shafie Apdal ditahan SPRM

 | October 19, 2017

Sumber SPRM memaklumkan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu ditahan di pejabat SPRM di Kota Kinabalu pada jam 9 malam tadi.

VIDEO INSIDE

syafie-afdal-macc1KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini dalam siasatan berkaitan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah berjumlah RM1.5 bilion.

Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu yang hadir ke pejabat SPRM di Kota Kinabalu untuk memberi keterangan kira-kira 5 petang tadi, ditahan pada jam 9 malam ini.

Shafie yang juga ahli Parlimen Semporna dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan berhubung siasatan penyelewengan dana itu, hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

SPRM akan memohon perintah reman ke atas Shafie, esok.

Ini menjadikan 11 orang ditahan SPRM berhubung kes itu, setakat ini.

Adik Shafie yang juga Adun Lahad Datu daripada Umno, Datuk Yusof Apdal masih direman SPRM.

Bagaimanapun, seorang lagi adiknya, Hamid dibebaskan daripada tahanan reman berhubung kes sama dengan ikat jamin RM50,000 dan RM25,000 lagi didepositkan berserta 2 penjamin, hari ini.

Menantu Hamid turut dibebaskan hari ini.

Kira-kira 350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dilaporkan dipantau SPRM atas dakwaan penyelewengan dana persekutuan.

Dana RM1.5 bilion itu dikatakan sebahagian daripada RM7.5 bilion untuk pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan, antara 2009 hingga 2015.

Lebih 45 orang disoal siasat SPRM sejak siasatan itu bermula 3 minggu lalu. Sebanyak 72 syarikat di Sabah juga dilaporkan disiasat SPRM.

SPRM panggil Shafie Apdal kes seleweng dana RM1.5 bilion


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments