Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Exco: Majlis agama Pulau Pinang akan siasat Shahul Hamid

 | October 19, 2017

Abdul Malik Abul Kassim berkata, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang akan menyiasat sama ada Shahul Hamid mempunyai tauliah untuk berceramah dan mengajar agama.

malik-kasim-shahul2GEORGE TOWN: Tidak sampai 48 jam selepas mempertahankan hak pengetua Maahad Tahfiz Darul Tahzhib menyuarakan pandangannya, seorang exco Pulau Pinang kini berkata, pihak berkuasa agama akan menyiasat Shahul Hamid.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang akan menyiasat sama ada Shahul mempunyai tauliah untuk berceramah dan mengajar agama.

Katanya, mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004, penceramah yang diberi tauliah mengajar agama perlu mematuhi 6 syarat ditetapkan, termasuk tidak menyinggung perasaan agama dan budaya kaum lain.

“Jika Shahul memang mempunyai tauliah, dia akan disiasat Jawatankuasa Khutbah dan Pentauliahan Pengajaran Agama Islam MAIPP kerana melanggar satu daripada 6 syarat.

“Jika dia didapati berceramah tanpa tauliah, kami akan menghadapkan dia ke Mahkamah Syariah untuk didakwa di bawah undang-undang Islam negeri kerana mengajar agama secara haram,” katanya pada sidang media di Komtar hari ini.

Selasa lalu, Malik dilaporkan berkata, Shahul berhak menyuarakan pandangannya yang disifatkannya “remeh” selagi dia “tidak mengajar benda yang menyesatkan dan menyalahi akidah dibenarkan”.

“Lainlah kalau dia kata babi, arak itu halal baru jadi isu. Saya tidak faham kenapa media nak perbesarkan isu remeh.”

Beliau bagaimanapun mengelak daripada menjawab sama ada Shahul mempunyai tauliah untuk menyampaikan kuliah agama, seperti mana dikehendaki di negeri lain.

“Isu tauliah tidak timbul sebab kita di Pulau Pinang bukan seperti kerajaan negeri Barisan Nasional yang memerlukan tauliah,” katanya kepada FMT.

Shahul,, yang pernah menjadi naib juara program realiti “Pencetus Ummah” terbitan Astro, juga menganggap haram untuk wanita Islam mendapatkan khidmat basuh rambut daripada bukan Islam sekalipun tukang gunting rambut itu seorang wanita.

Shahul dalam ucapannya dimuat naik antara 2015 dan bulan lalu mengharamkan umat Islam mendapatkan khidmat potong rambut di kedai bukan Islam, di samping mengharamkan ibu bapa menghantar anak ke sekolah kelolaan bukan Islam.

“Sejak saya belajar di pondok dan masuk tingkatan 1, sampailah sekarang, saya tak pernah bagi kepala saya kepada orang-orang kafir untuk pegang. Walaupun tak ada dalil dia pegang itu haram… adalah lebih baik kita cari kedai Islam sekurang-kurangnya kita bantu ekonomi orang Islam,” katanya dalam ceramah yang dimuat naik 2 tahun lalu.

Dalam satu lagi klip video yang dimuat naik bulan lalu, Shahul menganggap budaya mengucapkan “Selamat Hari Jadi” sebagai jahiliah, dan tidak setuju dengan amalan menjawab telefon dengan perkataan “Hello”.

Pulau Pinang anggap Shahul Hamid bertentangan akidah, elak isu tauliah


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments