Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mahkamah arah pelajar STPM hina Sultan baca Rukun Negara

 | October 19, 2017

Pelajar Tingkatan 6 itu yang bakal menduduki STPM bulan depan didapati bersalah menghantar kenyataan jelek menghina Sultan Nazrin Shah.

rukun-negara-mahkamah-pelajar-hina-sultanIPOH: Seorang pelajar Tingkatan 6 diminta membaca Rukun Negara sebelum didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menghina Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di laman sosial, pada Jumaat lepas.

Majistret Siti Hafiza Jaafar mengarahkan tertuduh membaca Rukun Negara dengan menekankan prinsip kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan kerana menganggap ia sesuatu yang penting untuk diamalkan.

“Kamu faham tak apa itu maksud tatasusila? Tatasusila ini membentuk perbuatan atau tingkah laku yang ampuh, jadi tatasusila ini perlu dijaga, jangan mengutuk, mengeluarkan kenyataan angkuh dan menghina.

“Kesalahan (menghina Sultan) ini boleh dipenjarakan tetapi kamu masih bersekolah, namun sebagai pengajaran untuk kamu dan masyarakat di luar sana, satu bentuk hukuman yang setimpal perlu diberikan,” kata Siti Hafiza sebelum menjatuhkan hukuman.

Pelajar berumur 19 tahun yang akan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bulan depan itu mengaku bersalah menggunakan perkhidmatan aplikasi Twitter untuk menghantar komen yang jelek sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bandar Baru Medan Ipoh, pada 10.30 malam, 13 Okt lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (AKTA 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Remaja itu boleh dipenjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Awatif Ahmad Bashir yang mewakili tertuduh memohon mahkamah agar tidak mengenakan denda tinggi memandangkan remaja itu menyesali serta memohon maaf atas perbuatannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal agar dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak menggunakan laman sosial sewenang-wenangnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments