Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Polis: Kes tembak pemandu Gani Patail tiada petunjuk baharu

 | October 19, 2017

Mustafa dilaporkan cedera ditembak 2 lelaki di halaman rumah teres 2 tingkat di Taman Putra, Ampang 29 Ogos lalu, dalam kejadian berlaku seawal 8.30 pagi.

hamzah-aliasPETALING JAYA: Polis belum menemui petunjuk baharu berhubung kes pemandu bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail cedera ditembak akhir Ogos lalu.

“Masih tak ada petunjuk,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias kepada FMT.

Pemandu Gani berusia 40 tahun yang dikenali sebagai Mustafa, dilaporkan cedera ditembak 2 lelaki di halaman rumah teres 2 tingkat di Taman Putra, Ampang, pada jam 8.30 pagi, 29 Ogos lalu.

China Press memetik sumber polis sebagai berkata, ketika kejadian, mangsa baru membuka pintu pagar rumahnya untuk keluar.

Tiba-tiba, 2 penembak menaiki motosikal memasuki halaman rumah mangsa dan berpura-pura bertanya arah, sebelum mengeluarkan pistol dan menembak pehanya. Mereka kemudiannya melarikan diri.

Mustafa baru diambil bekerja sebagai pemandu persendirian Gani sejak Januari lalu. Difahamkan, mangsa tidak bercadang menjemput majikannya pada hari kejadian dan jadualnya pagi itu hanya membabitkan aktiviti peribadi.

Pemandu Gani Patail cedera ditembak di luar rumah


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments