Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Seleweng RM1.5 bilion: Ahli Warisan ditahan SPRM

 | October 19, 2017

Jurutera berusia 47 tahun itu ialah setiausaha Warisan Putatan dan individu ke-10 ditahan SPRM.

Azam-Baki-Another-arrested-graft-probe-in-Sabah-malaysiaKOTA KINABALU: Seorang jurutera yang merupakan setiausaha Parti Warisan Sabah (Warisan) Putatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyelewengan RM1.5 bilion daripada dana yang diperuntukkan untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah.

Amarjit Singh, 47, ditahan pada jam 2.45 petang tadi selepas hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

Jurutera yang bekerja di GCU Consultants Sdn Bhd itu ialah individu ke-10 ditahan SPRM sehingga kini.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal hari ini dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan berhubung siasatan penyelewengan dana itu.

Hari ini juga, adik Shafie, Hamid dibebaskan daripada tahanan reman berhubung kes sama dengan ikat jamin RM50,000 dan RM25,000 lagi didepositkan berserta 2 penjamin.

Menantu Hamid turut dibebaskan hari ini, manakala seorang lagi adik Shafie, iaitu Adun Lahad Datu daripada Umno, Datuk Yusof Apdal masih direman.

Sebelum ini dilaporkan 350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membabitkan dana awam bernilai RM7.5 bilion sedang dipantau SPRM.

Projek berkaitan pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu dilaksanakan dalam tempoh 2009 hingga 2015, dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.

Lebih 45 orang disoal siasat SPRM sejak siasatan itu bermula 3 minggu lalu.

Selain individu yang ditahan itu, SPRM turut menyiasat 72 syarikat di Sabah.

SPRM panggil Shafie Apdal kes seleweng dana RM1.5 bilion


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments