Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tak perlu visa, tetapi rakyat Malaysia teramai gagal ke New Zealand

 | October 19, 2017

Sejak 2011, Malaysia berada dalam senarai tertinggi penolakan pengecualian visa kerana sesetengah rakyat Malaysia disyaki bukan pengunjung tulen.

passport-malaysia-peta-new-zealandKUALA LUMPUR: Walaupun Global Passport Power Rank 2017 menyenaraikan pasport Malaysia yang ke-4 paling berkuasa di dunia, tetapi dokumen itu nampaknya tidak mempunyai pengaruh besar di New Zealand.

Warganegara atau pemegang pasport Malaysia mendahului senarai penolakan pengecualian visa di New Zealand sejak 2011.

Punca utama kerana mereka tidak dianggap pengunjung tulen dan tujuan sebenar mereka ke negara itu bukan seperti yang dinyatakan dalam dokumen.

Portal stuff.co.nz melaporkan 517 daripada 4,877 warga asing yang gagal memasuki New Zealand di bawah program pengecualian visa sejak 2011 ialah pemegang pasport Malaysia.

Lebih 1,000 orang tidak mendapat visa pengunjung di sempadan New Zealand sepanjang tahun lalu.

Menurut laporan, rakyat Malaysia mendahului senarai itu daripada kalangan 50 negara lain yang berada dalam program pengecualian visa itu.

Menurutnya, statistik yang dikeluarkan di bawah Akta Maklumat Rasmi oleh Kementerian Perniagaan, Innovasi dan Pekerjaan menunjukkan jumlah penolakan hampir berganda daripada 646 pada 2012/2013 kepada 1,049 pada 2016/2017.

“Rakyat Malaysia ditolak lebih 100 kali melebihi warganegara lain.”

Hong Kong berada di kedudukan ke-2 dengan 412 penolakan, disusuli Australia (336), Britain (334) dan Taiwan (333).

Pada 2012, ketika melaporkan rakyat Malaysia ialah jumlah teramai ditolak, New Zealand Herald berkata, sesetengah daripada mereka yang ditolak itu mempunyai pasport palsu dikeluarkan sindiket pemerdagangan manusia.

“Jabatan Imigresen Malaysia berkata, negara ini dijadikan transit oleh sindiket yang mengeluarkan pasport palsu bagi membantu mereka memasuki negara yang menawarkan pengecualian visa kepada Malaysia,” demikian menurut laporan itu.

Bagaimanapun, laporan New Zealand Herald tidak menamakan individu di Jabatan Imigresen Malaysia yang membuat kenyataan itu.

Sementara itu, menurut laporan stuff.co.nz, peguam imigresen Wellington, John Petris mengesyaki sesetengah daripada mereka ditolak kerana tidak tahu peraturan di negara itu.

“Mungkin ada juga pengunjung tulen yang menjadi mangsa,” kata Petris.

Pembantu Pengurus Besar Imigresen New Zealand (INZ), Peter Devoy dipetik berkata, statistik itu perlu dilihat dalam “konteks lebih luas”.

“China kini merupakan pengunjung asing teramai ke New Zealand selepas Australia. Statistik New Zealand menunjukkan rakyat Malaysia ialah pengunjung asing ke-8 teramai setakat Jun dengan lebih 41,000 orang datang ke sini,” kata Devoy.

Menurut laporan stuff.co.nz, kebanyakan warganegara daripada 50 negara yang dikecualikan visa tidak perlu memohon visa untuk lawatan 3 bulan atau kurang, manakala warganegara British pula dibenarkan ke New Zealand sehingga 6 bulan tanpa visa.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments