Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Wanita didenda RM4,000 tawar seks kepada polis

 | October 19, 2017

Kesalahan itu dilakukan di kaki lima kedai pakaian Hari-Hari, Jalan Petaling pada 10.40 malam Selasa lalu.

wanita-dipenjara-denda-tawar-seks-polisKUALA LUMPUR: Seorang wanita tempatan berusia 51 tahun didenda RM4,000 atau 4 bulan penjara hari ini kerana menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis di kaki lima sebuah kedai pakaian 2 hari lepas.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Tang Moy Lan selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada Lans Koperal Mohamad Yusoff Abdullah, 56, dengan bayaran RM100 untuk sekali perkhidmatan itu.

Kesalahan itu dilakukan di kaki lima kedai pakaian Hari-Hari, Jalan Petaling pada 10.40 malam Selasa lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun gagal membayar denda itu.

Terdahulu, ketika diminta mengemukakan rayuan oleh Zuhair, tertuduh hanya menggelengkan kepalanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mohd Ashif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments