Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

12 pengetua tahfiz Kelantan minta penjelasan agihan peruntukan

 | October 20, 2017

Tahfiz yang sudah lama ditubuhkan dengan ramai pelajar hanya menerima bantuan sedikit sedangkan sekolah tahfiz baharu dengan jumlah pelajar sedikit diberikan peruntukan lebih.

pelajar-sekolah-tahfiz-permata-logoKOTA BHARU: Dua belas pengetua sekolah tahfiz di Kelantan menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap peruntukan diberikan oleh kerajaan terhadap 28 institusi pengajian tahfiz baru-baru ini.

Pemangku Presiden Sekolah-Sekolah Tahfiz Malaysia (Permata) Ya’akob Wan Harun berkata 12 pusat tahfiz masing-masing hanya menerima RM15,000 manakala 16 pusat tahfiz lagi masing-masing menerima RM100,000.

“Apa yang menghairankan, bagaimana sekolah tahfiz yang sudah lama ditubuhkan serta mempunyai ramai pelajar hanya menerima bantuan sedikit sedangkan sekolah tahfiz baharu dengan jumlah pelajar sedikit diberikan peruntukan lebih.

“Justeru, 12 pengetua ini menuntut penjelasan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung perkara berkenaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ya’akob berkata pengagihan peruntukan yang disifatkan tidak adil itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengetua kerana mereka berdaftar dengan MAIK sebelum ini dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata pihaknya tidak tahu asas atau sebab jumlah peruntukan diberikan tidak sama dan berharap pihak kerajaan khususnya Maik dan Jakim menjelaskannya kepada sekolah tahfiz terlibat.

“Sekolah-sekolah tahfiz terlibat adalah antara terbesar di negeri ini dan berharap ada jalan penyelesaian secara adil.

“Kita tidak mahu berlaku sebarang keciciran dalam soal pembahagian ini apatah lagi kebanyakan sekolah tahfiz hanya mengharapkan sumbangan daripada orang ramai,” kata Ya’akob.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments