Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Alumni Al-Azhar anjur persidangan Islam sederhana di Indonesia

 | October 20, 2017

Persidangan 3 hari itu dihadiri kira-kira 400 peserta dari 15 negara, termasuk ahli Pertubuhan Alumni Antarabangsa Al-Azhar.

indonesia_islam_600new

PETALING JAYA: Indonesia menganjurkan persidangan antarabangsa Alumni Universiti Al-Azhar di Mataram, Nusa Tenggara Barat, bagi membincangkan isu berkaitan toleransi, Islam sederhana dan berdakwah secara kontemporari dalam era teknologi.

Persidangan 3 hari yang bermula Rabu lalu itu dihadiri kira-kira 400 peserta dari 15 negara, termasuk Australia, Mesir, India, Iraq, Jepun, Jordan, Thailand dan Yaman, ahli Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar (WAAG) dan Pertubuhan Alumni Antarabangsa Al-Azhar.

“Islam sederhana yang diajar Al-Azhar juga bermaksud toleransi terhadap perbezaan idea,” kata Timbalan Pengerusi WAAG, Syeikh Muhammad Abdul Fadil Al Qusi yang dipetik Jakarta Post.

Beliau berkata, Islam di Nusa Tenggara Barat adalah contoh toleransi dan Islam sederhana.

Gabenor Nusa Tenggara Barat, M Zainul Majdi berkata, keharmonian dan toleransi dalam kalangan agama berlainan di wilayah itu adalah faktor Lombok dipilih menjadi tuan rumah persidangan tersebut.

Katanya, toleransi Islam di wilayah itu mencerminkan umat Islam di kepulauan berkenaan, di mana Islam berkaitan sumbangan, pembangunan, keharmonian dan keamanan.

“Orang Arab mengajar orang Indonesia tentang Islam dan sekarang giliran Indonesia pula berkongsi pengalaman hidup secara harmoni,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments