Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bekas pemain: Prestasi Harimau Malaya teruk kerana JDT ‘perap’ bintang tempatan

 | October 20, 2017

Jamal Nasir Ismail mendakwa pemain hebat tempatan berhijrah ke JDT, tetapi tidak diturunkan menyebabkan mereka hilang sentuhan ketika mewakili skuad negara.

Jamal-Nasir-Ismail_jdt_harimau-malaya_600

PETALING JAYA: Bekas pemain bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail mendakwa penghijrahan bintang tempatan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya untuk dijadikan pemain simpanan, antara punca kejatuhan prestasi dan ranking Harimau Malaya.

Beliau yang pernah mewakili skuad negara ke temasya Olimpik Moscow 1980 dipetik Berita Harian Online sebagai berkata, pemain hebat tempatan itu hilang sentuhan ketika bermain untuk skuad negara kerana jarang diturunkan JDT.

Beliau kecewa apabila kelab yang sepatutnya membantu negara membentuk pasukan kuat, lebih mengutamakan kepentingan diri.

“Kita faham komitmen JDT yang beraksi dalam pelbagai kejohanan tempatan serta Piala AFC, di mana mereka memerlukan ramai pemain untuk digunakan.

“Tetapi, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita lihat mereka tetap menurunkan pemain tempatan dan import sama dalam setiap aksi.

“Jadi persoalan saya, mampukah mereka ini menyumbang kepada pasukan, jika di kelab pun mereka jarang bermain. Mungkin ramai tak sedar perkara ini. Memang JDT hebat, tetapi adakah kehebatannya membantu pasukan Malaysia?” katanya dipetik akhbar itu semalam.

Isnin lalu, Malaysia jatuh 4 anak tangga untuk menduduki tempat ke-170 daripada keseluruhan 209 negara dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Skuad Harimau Malaya kini berkongsi kedudukan sama dengan Kemboja.

Sementara itu, Jamal berharap lebih ramai pemain muda diberi peluang untuk mewakili Harimau Malaya memandangkan mendakwa pemain zaman ini tiada semangat juang tinggi kerana lebih mengutamakan wang berbanding maruah negara.

“Pemain sekarang tak kisah kalau ‘diperap’ lama-lama, asalkan gaji tinggi. Bila lama tak main, kesannya pula terpalit kepada pasukan kebangsaan.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments