Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kapten Izham Ismail bos baharu Malaysia Airlines

 | October 20, 2017

Izham menjadi orang ke-3 memegang jawatatan CEO kumpulan dalam tempoh 2 tahun ini.

mas-izham

PETALING JAYA: Lembaga pengarah Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) dan Malaysia Airlines Bhd (MAB) hari ini mengumumkan pelantikan Kapten Izham Ismail sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan menggantikan Peter Bellew berkuatkuasa serta-merta.

Izham, yang berkhidmat di MAB selaku ketua pegawai operasi (COO), merupakan orang ke-3 menduduki kerusi penting itu dalam tempoh 2 tahun ini.

MAB dalam kenyataan berkata Izham akan menyandang jawatan itu mulai 1 Disember 2017 dengan pemergian Bellew. Menurut MAB, pelantikan Izham sejajar dengan rancangan penggantian kepimpinan dalam pelan pemulihan Malaysia Airlines.

“Bagi memastikan peralihan yang lancar, satu jawatankuasa eksekutif lembaga pengarah akan diadakan untuk tempoh sehingga 6 bulan,” kata MAB lapor Bernama.

Jawatankuasa itu akan diketuai Pengerusi Tan Sri Md Nor Yusof, ahli lembaga pengarah Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng, Tan Sri Zamzamzairani Isa dan Sheranjiv Sammanthan.

Sebelum menjadi COO pada 2016, beliau merupakan CEO di MASwing yang beroperasi di Sabah dan Sarawak. Beliau mempunyai 38 tahun pengalaman berkhidmat dalam industri penerbangan.

“Beliau memimpin penstrukturan semula bahagian kejuruteraan menjadikan operasi lebih cekap dan kecil, dan bertanggungjawab atas inisiatif penjimatan bahan bakar syarikat penerbangan itu,” kata MAB.

Bellew merupakan CEO warga asing ke-2 yang dilantik Khazanah dalam projek penstrukturan dan pemulihan Malaysia Airlines. Menyertai syarikat penerbangan negara itu pada 1 September 2015, beliau dan CEO sebelumnya, Christoph Mueller, meninggalkan Malaysia Airlines sebelum tamat tempoh kontrak masing-masing.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments