Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pastor Koh tak pernah berdakwah ketika beramal, kata isteri

 | October 20, 2017

Susanna Liew Sow Yoke berkata, Koh bukan lagi pastor, sebaliknya beliau hanya berperanan sebagai sukarelawan turut melarang mana-mana pihak berdakwah ketika menyertai program anjuran Harapan Komuniti.

Susanna-Liew-pastor-kohKUALA LUMPUR: Pastor Raymond Koh tidak pernah berdakwah di pusat kebajikan Harapan Komuniti yang ditubuhkan sejak 2004, kata isterinya, Susanna Liew Sow Yoke.

Saksi ke-2 siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia mengenai kehilangan Koh dan 3 yang lain berkata, suaminya yang merupakan sukarelawan dan bukan lagi pastor, turut melarang mana-mana pihak berdakwah ketika menyertai program anjuran Harapan Komuniti.

Beliau berkata, larangan itu dibuat dalam bentuk garis panduan dan lisan sewaktu program melibatkan sukarelawan dari pelbagai organisasi.

“Di Harapan Komuniti, semuanya bersifat inklusif, program dilakukan melibatkan pelbagai bangsa, tidak ada sebarang dakwah, termasuk penyebaran agama Kristian,” katanya di ibu pejabat Suhakam, hari ini.

Siasatan awam itu dipengerusikan Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Mah Weng Kwai dan dianggotai Datuk Dr Aishah Bidin serta Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh.

Liew berkata, beliau tidak pasti jika larangan itu dipatuhi 100% oleh semua pihak yang terbabit dalam program anjuran Harapan Komuniti.

“Sepanjang yang saya tahu, setelah garis panduan itu ditetapkan, tidak ada sebarang aduan (mengenai penyebaran agama Kristian). Jadi, kami simpulkan tidak ada dakwah berlaku,” katanya sambil menambah Harapan Komuniti sering membantu mangsa bencana alam dan pernah menganjurkan sambutan hari raya.

pastor-koh1

Pastor Koh dan Harapan Komuniti, sebuah pusat kebajikan ditubuhkan beliau yang membantu ramai orang kurang bernasib baik tanpa mengira kaum dan agama.

“Pada 2004, di Kuala Muda, Kedah, kami antara yang terawal memberikan pertolongan sewaktu berlaku bencana alam tsunami.

“Selepas kejadian itu, setiap bulan kami pergi ke sana untuk beri motivasi dan kata-kata perangsang kepada mangsa.”

Dalam perkembangan lain, Liew berkata, beliau dan suaminya pernah menerima bungkusan putih yang mengandungi 2 butir peluru dan nota ugutan pada 26 Ogos 2011, lebih 3 minggu selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu majlis makan malam amal anjuran Harapan Komuniti yang dihadiri umat Islam.

Beliau berkata, mereka sudah membuat laporan polis pada hari kejadian, namun sehingga kini masih tiada tangkapan dibuat.

pastor-koh2

Katanya, beliau dan suaminya juga dilarang keluar negara sebanyak 7 kali serta 9 kali antara Oktober 2011 hingga Oktober 2012, serta disoal siasat pegawai Cawangan Khas.

Sehubungan itu, beliau mengesyaki kedua-dua perkara itu ada kaitan dengan majlis makan malam amal anjuran Harapan Komuniti di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos 2011.

April lalu, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang merupakan ketua polis negara ketika itu berkata, kehilangan Koh mungkin ada kaitan dengan usahanya mengembangkan agama Kristian di utara Semenanjung.

Polis menerima beberapa laporan mendakwa Koh pergi ke Kangar, Perlis pada 19 dan 29 Januari lalu untuk mempengaruhi sekumpulan pemuda memeluk Kristian.

Koh, 62, diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, kurang 100m dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya, pada 13 Februari lalu, ketika dalam perjalanan ke rumah rakannya di Kelana Jaya.

Video insiden itu menunjukkan ia perancangan rapi melibatkan lebih 10 lelaki dan 7 kenderaan pada siang hari. Keluarga Koh kemudiannya menawarkan ganjaran RM100,000 untuk sebarang maklumat.

Bagaimanapun, sehingga kini, mereka tidak menerima sebarang panggilan meminta wang tebusan atau berkomunikasi dengan penculik, memberi gambaran wang bukan motif terhadap kehilangan Koh.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments