Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pelantikan Kapten Izham jamin kesinambungan, kata Khazanah

 | October 20, 2017

Izham ketika memegang jawatan ketua pegawai operasi memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pelan pemulihan Malaysia Airlines.

mas_khazanah_6002

KUALA LUMPUR: Pelantikan Kapten Izham Ismail sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan menjamin kesinambungan dan kemajuan keseluruhan usaha penstrukturan semula syarikat penerbangan tersebut di bawah Pelan Pemulihan MAS (MRP), kata Khazanah Nasional Bhd.

Khazanah berkata, Izham, ketika memegang jawatan ketua pegawai operasi (COO) memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pelan pemulihan berkenaan.

“Pelaksanaan MRP dalam tempoh 38 bulan sejak pelancarannya, iaitu hampir 2/3 daripada tempoh 5 tahunnya, tetap diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lembaga Pengarah Kumpulan Penerbangan Malaysia dan MAB melantik Izham sebagai pengarah eksekutif dan ketua pegawai eksekutif kumpulan berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan hari ini, MAB berkata, Izham akan memegang jawatan sebagai GCEO pada 1 Disember 2017 bagi menggantikan Peter Bellew, yang sedang bercuti.

Khazanah berkata, sebagaimana ditetapkan MRP, penstrukturan semula MAB mengikuti rangka kerja tadbir urus dan kelulusan yang baik.

“Rangka kerja itu menyaksikan Khazanah, lembaga pengarah MAB, pengurusan dan kakitangan bekerjasama rapat, dengan sokongan penuh kerajaan bagi menghasilkan kemajuan penstrukturan semula berkenaan,” katanya.

Khazanah berkata, pendekatan kolektif ini akan terus memacu penstrukturan semula MAB ke arah pemulihan sepenuhnya serta keuntungan mapan.

MRP yang dilancar Khazanah pada 29 Ogos 2014, menyediakan asas kepada pembangunan dan kesinambungan bakat kepimpinan sebagai satu komponen penting usaha penstrukturan semula keseluruhan MAB.

Izham, yang kini COO Malaysia Airlines mempunyi pengalaman penerbangan yang luas dengan 38 tahun rekod perkhidmatan, bermula sebagai juruterbang syarikat penerbangan negara itu pada 1979.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments