Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Peruntukan tahfiz mengikut data murid, kata Jakim

 | October 20, 2017

12 pengetua tahfiz di Kelantan tidak puas hati dengan peruntukan yang diberikan kepada 28 sekolah tahfiz baru-baru ini.

Othman-Mustapha_jakim_-tahfiz_600

KUALA LUMPUR: Jumlah peruntukan kepada institusi pengajian tahfiz berbeza berdasarkan data bilangan murid yang diberikan kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha berkata sebanyak 571 buah institusi tahfiz berdaftar di seluruh negara layak menerima bantuan berkenaan.

“Daripada jumlah itu sebanyak 34 buah institusi tahfiz berdaftar di Kelantan telah menerima bantuan baru-baru ini dan jumlahnya berbeza antara institusi mengikut data bilangan murid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan Bernama hari ini bahawa 12 pengetua tahfiz di Kelantan melahirkan rasa tidak puas hati dengan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada 28 institusi pengajian tahfiz baru-baru ini.

Menurut laporan itu, Pemangku Presiden Sekolah-Sekolah Tahfiz Malaysia (Permata) Ya’akob Wan Harun berkata 12 pusat tahfiz itu masing-masing hanya menerima RM15,000 manakala 16 pusat tahfiz lagi masing-masing menerima RM100,000.

Ya’akob berkata pengagihan peruntukan itu juga disifatkan sebagai tidak adil serta menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengetua kerana mereka berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebelum ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments