Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Promosi PLKN 2.0 di sekolah persendirian Cina atasi sambutan dingin’

 | October 20, 2017

Statistik tahun lalu menunjukkan hanya 12% belia Cina menyertai PLKN 2.0 berbanding sasaran 30%.

Mohmed-Asri-Yusof-plkn-cinaPETALING JAYA: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bercadang mempromosi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 ke sekolah persendirian Cina susulan sambutan dingin kaum itu yang jauh daripada sasaran 30%.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohmed Asri Yusof dipetik Sin Chew Daily berkata, daripada keseluruhan 500,000 kuota diperuntukkan PLKN 2.0, 50% untuk Melayu, Cina (30%) dan India (12%).

Beliau berkata, statistik tahun lalu menunjukkan penyertaan kaum Cina hanya 12% berbanding sasaran 30%.

“Sambutan dingin PLKN 2.0 hanya berlaku di Semenanjung kerana penyertaan kaum Cina di Sabah dan Sarawak menggalakkan dan mencapai sasaran 30%,” katanya ketika melawat ibu pejabat akhbar berbahasa Cina itu, semalam.

Asri berkata, objektif PLKN 2.0 kekal sama, iaitu memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional, menyemarakkan semangat kesukarelaan dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.

Katanya, pelaksanaan PLKN 2.0 yang memfokuskan pembangunan dan latihan kemahiran, menyasarkan anak muda yang tidak mahu atau gagal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Beliau berkata, isu berkaitan agama timbul disebabkan perselisihan faham dan generasi muda melalui PLKN boleh memahami budaya serta agama rakyat berbilang kaum, selain memupuk perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat majmuk.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments