Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Remaja tegur 2 lelaki, cedera parah ditetak

 | October 20, 2017

Sehingga kini belum ada tangkapan dibuat dan pihak polis sedang giat memburu suspek terlibat.

parangJOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki cedera parah di bahagian belakang dan kepala akibat ditetak kerana menegur 2 lelaki yang memasang muzik kuat daripada pembesar suara kereta di Flat Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Jokhiri Abd Aziz berkata kejadian berlaku pada jam 2.05 pagi apabila mangsa berusia 17 tahun diserang oleh kira-kira 15 lelaki di kawasan perumahan itu.

Katanya, kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa menegur dan menasihati 2 daripada suspek kerana memasang muzik dengan kuat menggunakan pembesar suara kereta mereka yang diletakkan di kawasan flat tersebut.

“Teguran itu menyebabkan pertengkaran dan pergaduhan kecil sebelum sekumpulan suspek lain iaitu rakan kepada 2 suspek yang awal, datang menaiki sebuah kereta dan beberapa motosikal.” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan siasatan, sekumpulan lelaki itu kemudiannya mengerumuni mangsa di mana beberapa suspek membawa parang dan pisau dan menyerang mangsa hingga mengakibatkan kecederaan parah di bahagian belakang badan dan kepala mangsa, katanya.

“Kesemua suspek dipercayai bukan penghuni kawasan flat tersebut,” katanya.

Jokhiri berkata mangsa cedera parah itu kemudiannya dihantar dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan kini berada di bawah pengawasan rapi pihak hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh dengan senjata) dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah dengan senjata).

Beliau berkata sehingga kini belum ada tangkapan dibuat dan pihak polis sedang giat memburu suspek terlibat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” kata Jokhiri.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments