Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SPAD belum muktamad tambah stesen HSR di Forest City

 | October 20, 2017

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan pembinaan stesen tambahan itu.

Mohd-Azharuddin-Mat-Sah-forest-city-sapd-logoKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) belum memutuskan jika terdapat keperluan membina stesen di Forest City bagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan pembinaan stesen tambahan itu.

“Penambahan stesen di Forest City belum muktamad. SPAD masih kaji dan jika ada keperluan, kami akan cadang dan kerajaan akan putuskan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPAD, hari ini.

Minggu lalu, akhbar Singapura, The Straits Times melaporkan pemaju Forest City melobi kerajaan Malaysia membina stesen HSR di sana bagi merancakkan pembangunan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Azharuddin berkata, MyHSR Corp Sdn Bhd yang akan menawarkan tender untuk projek itu hujung tahun ini, mendapat sambutan menggalakkan ketika mengadakan taklimat industri di Singapura dan London.

HSR KL-Singapura merupakan projek strategik antara kerajaan Malaysia dan Singapura untuk melancarkan perjalanan antara kedua-dua negara, mempertingkatkan hubungan perniagaan dan mendekatkan rakyat 2 negara jiran.

Laluan kereta api sepanjang 350km itu akan menghubungkan 2 bandar raya itu dalam tempoh 90 minit dengan perkhidmatannya disasarkan mula beroperasi pada 31 Disember 2026.

Ia akan merangkumi 8 stesen iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh serta Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri di Malaysia serta stesen Jurong East di Singapura.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments