Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Undi untuk PH umpama setuju kezaliman Dr Mahathir, kata Hadi

 | October 20, 2017

Presiden PAS itu berkata bekas perdana menteri itu tidak jujur kerana hanya berminat menjatuhkan Najib Razak semata-mata.

hadi-awangPETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan orang di sebalik pelbagai tindakan yang menyebabkan “kerosakan sistem negara”, dan menganggap menyokong gabungan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan bekas perdana menteri itu kini umpama menyetujui “kezaliman” lampau.

“Selayaknya Mahathir bertaubat kerana dialah penyebab kerosakan sistem negara, mengurangkan hak dan kuasa Melayu-Islam dan Majlis Raja-raja, mengamalkan demokrasi tempang dan memerintah negara secara diktator Semua kesalahan ini beliau tidak mengaku dan tidak minta maaf kepada mangsa, bahkan masih lagi mempertahankan salah lakunya,” kata presiden PAS itu dalam wawancara bersama Sinar Harian hari ini.

Menurut Hadi, Dr Mahathir “tidak jujur untuk selamatkan Malaysia” kerana hanya menumpukan usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

“Yang beliau mahu adalah jatuhkan Najib sahaja. Hakikatnya, mengundi DAP, PKR, Amanah, Bersatu (PPBM) adalah mengundi dan mengiakan kezaliman Mahathir,” katanya.

PAS bukan sebahagian daripada gabungan 4 parti itu, yang kini menunggu kelulusan supaya dapat bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang menggunakan satu logo.

Hadi turut meluahkan keyakinan PAS akan menerima sokongan kuat pada PRU akan datang.

“Orang Melayu bersama PAS,” katanya. “Kita perlu sedar undi teras politik Malaysia adalah Melayu. Mana-mana parti yang mahu jadi pemerintah mesti dapat undi Melayu dan kita lihat Bersatu (PPBM) dan Amanah tidak dapat menarik undi Melayu kepada Pakatan Harapan, cuma PAS perlu juga melibatkan bukan Islam yang masih tidak fanatik perkauman.”

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments