Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

DAP gesa Zahid umum pendirian tentang Zakir Naik di Dewan Rakyat

 | October 21, 2017

Malaysia perlu umum pendirian selepas Agensi Penyiasatan Kebangsaan (NIA) serah laporan terperinci mengenai dakwaan terorisme kepada kerajaan India.

M-Kulasegaran-zakir-naik-dewan-rakyatPETALING JAYA: Wakil rakyat DAP M Kulasegaran menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan tentang pelarian yang dikehendaki kerajaan India, Zakir Naik, di sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Beliau berkata demikian berikutan perkembangan terbaharu di India, di mana Agensi Penyiasatan Kebangsaan (NIA) menyerahkan laporan siasatan terperinci kepada dakwaan penglibatan penceramah kontroversi dalam aktiviti keganasan kepada kementerian dalam negeri India.

Akhbar Times of India (TOI) dilaporkan berkata agensi itu mahu memohon kebenaran untuk mendakwa Zakir, yang melarikan diri dari India dan mendapat status penduduk tetap di Malaysia.

Akhbar itu berkata langkah ke arah ekstradisi dari Malaysia dan Arab Saudi di mana beliau diketahui menetap di kedua negara itu.

“Pada sidang Dewan Rakyat lepas saya tanya sama ada Zakir Naik rakyat Malaysia atau dia akan dihantar pulang.

“Memandangkan perkembagan terbaharu ini dan hubungan baik dengan India, menteri dalam negeri mesti berani keluarkan kenyataan,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata Zahid tidak boleh abaikan gesaan ini kerana beliau bertanggungjawab menjelaskan pendirian kepada rakyat.

Zakir kali terakhir dilihat menyertai solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya 29 September lalu. Gambar beliau bersama jemaah dimuatnaik di Facebook dan tersebar di media sosial.

Akhbar itu memetik sumber yang mengatakan kementerian mengesahkan siasatan terhadap Zakir sudah diselesaikan dan peranannya dalam meradikalkan belia India Islam menyertai “jihad” disokong bukti yang kuat.

Akhbar itu melaporkan ada bukti mengenai dakwaan beliau menyebarkan kebencian antara kumpulan agama, mengganggu keharmonian masyarakat dan cuba melakukana penukaran agama secara paksa melalui NGO Yayasan Penyelidikan Islam (IRF).

Akhbar itu melaporkan NIA akan memfailkan kertas pendakwaan terhadap Zakir, rakannya dan IRF, sejurus selepas kementerian memberikan kebenaran.

“Kertas pendakwaan itu akan digunakan untuk menghantar permohonan ekstradisi secara rasmi kepada Malaysia dan Arab Saudi,” kata laporan itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments