Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dr Mahathir puji masakan Mat Sabu ‘cukup baik’

 | October 21, 2017

Mat Sabu pula berkata, bekas perdana menteri itu sudah “yakin dan berani” untuk makan masakan yang disediakan oleh beliau.

mahathir-mohamad-mat-sabu-memasakALOR SETAR : Walaupun sebelum ini mereka dikenali sebagai musuh ketat dalam politik, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memuji hidangan yang dimasak oleh Mohamad Sabu ketika berkunjung ke rumah presiden Amanah itu akhir bulan lalu.

Berucap di hadapan 898 perwakilan Amanah seluruh negara, bekas perdana menteri itu memuji masakan Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu sebagai “cukup baik.”

“Saya boleh bagi pengesahan di sini iaitu masakan dia cukup baik. Ini pengalaman saya kerana saya dijemput olehnya ke rumah untuk makan malam.

“Kalau dia tak ada kerja boleh lah buat kerja tukang masak,” kata pengerusi Pakayan Harapan ini sambil disambut gelak ketawa perwakilan yang menghadiri Konvensyen Nasional Amanah 2017 di sini hari ini.

Akhir bulan lalu, Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menziarahi Mat Sabu sekeluarga.

Mat Sabu turut memasak sendiri lauk-pauk yang dihidangkan antaranya nasi daging kambing, kambing goreng nampla, gulai ayam dan ikan masin goreng.

Dalam ucapannya juga, Dr Mahathir turut menceritakan beliau pernah menghantar Mat Sabu “belajar” memasak semasa berada dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Taiping.

“Saya masih teringat menghantar Mat Sabu belajar memasak di Taiping. dan dia diupah dengan 80 sen. Itu kadar masa British dulu,” katanya.

Berucap selepas Dr Mahathir, Mat Sabu dalam pidatonya turut berseloroh di hadapan perwakilan dan pimpinan Pakatan Harapan dengan menyatakan bekas perdana menteri itu “yakin dan berani” memakan masakan yang disediakan olehnya.

“Tun yakin dan berani bila nak pergi ke rumah saya nak makan. Saya tengok tak ada pun pegawainya rasa dulu kot-kot saya bubuh racun. Tak ada…Tun terus makan. Patut dia bagi pegawai dia rasa dulu,” katanya.

Mat Sabu pernah menjadi 2 kali tahanan ISA semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments