Najib yakin Kapten Izham akan pulihkan Malaysia Airlines
Najib berkata MAB lebih daripada sekadar syarikat penerbangan kerana ia membawa nama, imej dan jenama negara.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yakin Kapten Izham Ismail yang dilantik sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan meneruskan usaha memulihkan syarikat penerbangan itu.
Beliau berkata MAB ialah sebuah organisasi yang lebih daripada sekadar syarikat penerbangan kerana ia membawa nama, imej dan jenama negara di angkasa dan seluruh pelusuk dunia.
“Selamat maju jaya buat Kapten Izham Ismail, saya yakin beliau akan teruskan usaha pulihkan MAS agar kembali berdaya saing, kukuh dan menguntungkan.
“MAB lebih daripada sekadar syarikat penerbangan, ia bawa nama, imej dan jenama #Negaraku di angkasa raya dan ke seluruh pelusuk dunia. Kebanggaan kita,” kata Najib menerusi catatan di laman rasmi Twitter beliau, malam ini.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Semalam, MAB berkata Izham, yang pada masa ini merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO), akan menyandang jawatan CEO Kumpulan pada 1 Dis, 2017, selepas ketiadaan Peter Bellew, yang kini diletakkan di bawah cuti pentadbiran.