Noh Omar: Najib mahu BN menang 2/3 dalam PRU14
Noh Omar juga berkata Najib mahu rakan komponen BN tidak seharusnya terikat untuk mengekalkan status quo kerusi tradisi parti masing-masing jika mahu kekal berkuasa dan menambah kerusi.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar sambil menjelaskan Najib mahu rakan komponen BN tidak seharusnya terikat untuk mengekalkan status quo kerusi tradisi parti masinh-masing jika mahu kekal berkuasa dan menambah majoriti.
BN hilang kerusi majoriti dua pertigas dalam PRU 2008 dan 2013.
Noh pada masa yang sama memberitahu beliau menyambut baik amanat Najib, juga perdana menteri dan presiden Umno, yang mahu parti komponen perlu lebih bertoleransi dalam soal kuota kerusi yang ditandingi dengan matlamat untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
“Dalam kita nak memenangi pilihan raya, parti-parti komponen kena ada toleransi di mana kita tidak boleh bertanding kerana prinsip satu-satu kaum tetapi mesti ada semangat BN.
“Untuk mencapai matlamat tersebut, parti-parti komponen jangan lagi mengekalkan status quo.
“Kalau dulunya kerusi ini parti A punya, ia tidak akan kekal sampai bila-bila. Ia kena berubah dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui pemberita pada Taklimat Pemukiman Jentera BN PRU14 di di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Katanya, sudah sampai masanya status quo kerusi bagi semua parti komponen diubah suai dengan mengutamakan potensi parti mana boleh menang berbanding mengekalkan kerusi tradisi untuk memenangi PRU14.
“Kedudukan kerusi ini bukan lagi hak milik sesuatu parti tetapi kita kena melihat sama ada kerusi itu boleh menang atau tidak serta boleh diterima rakyat atau tidak.
“Konsepnya untuk menang pilhan raya ini kita mesti ada semangat BN kita kena bahagi kuasa dan berkongsi kuasa untuk menang pilihan raya ini.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
“Dalam BN kita tiada kekuatan kalau masih menegakkan hanya parti masing-masing. Bagi saya mulai sekarang, jangan pakai lambang parti masing-masing, lebih-lebih lagi bila pilihan raya nanti,” katanya lagi.