Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PAS: Tumpu pada PRU, tak perlu buang masa dengan Mahfuz

 | October 21, 2017

Tuan Ibrahim berkata jawatankuasa disiplin memutuskan tidak memecat Ahli Parlimen Mahfuz Omar memandangkan pilihan raya boleh dipanggil bila-bila masa.

Tuan-Ibrahim-Tuan-Man-mahfuz-omar-pru14PETALING JAYA: Jawatankuasa Disiplin PAS memutuskan tidak memecat Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar memandangkan pilihan raya boleh dipanggil pada bila-bila masa, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden itu berkata PAS mahu menumpukan kepada memenangkan pilihan raya umum daripada “membuang masa” dengan Mahfuz.

“Kita fikir tidak ada keperluan kerana lebih baik fokus kepada pilihan raya. Tak payah buang masa dengan dia,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, PAS Kedah mengesahkan Mahfuz tidak ada dalam senarai calon pilihan raya umum ke-14 di negeri Kedah. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata Mahfuz boleh mencari platform lain untuk bertanding pada PRU nanti dan PAS akan meletakkan calon lain di kerusi Parlimen Pokok Sena.

“Dia boleh tinggal dalam PAS selagi PAS tak buang dia,” katanya Tuan Ibrahim.

Di Konvensyen Nasional Amanah 2017 hari ini, Mahfuz berkata PAS tidak akan mengambil tindakan terhadapnya sekiranya parti Islamis itu mengamalkan politik matang.

Ahli PAS boleh nilai sikap Mahfuz

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali berkata terpulang kepada ahli PAS untuk menilai sikap dan tindakan Mahfuz.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah PAS akan memecat Mahfuz seperti nasib Datuk Husam Musa pada Mei 2016. Husam dipecat jawatankuasa disiplin PAS atas aduan salahlaku.

Khairuddin berkata: “Ahli lebih cerdik untuk menilai sikap dan tindakan Datuk Mahfuz,” katanya kepada FMT.

Beliau menambah terpulang kepada Mahfuz untuk kekal bersama PAS tetapi “kalau dia sayang PAS, dia kena ikut segala arahan dan juga hala tuju terkini PAS untuk PRU-14,” katanya.

Terdahulu, kehadiran ahli PAS di konvensyen Amanah di Alor Setar, Kedah mengejutkan ramai pemerhati.

Tiga pemimpin PAS Kedah – Adun Anak Bukit Amiruddin Hamzah, Adun Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa dan Mahfuz – antara yang menerima undangan ke konvensyen parti lawan.

Mahfuz memberitahu pemberita beliau menerima undangan itu kerana mereka atas dasar persahabatan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments