Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Penahanan Shafie punyai rahmat tersembunyi, kata Amanah Sabah

 | October 21, 2017

Pembahas Hamzah Abdullah berkata tindakan terhadap seorang tokoh tempatan boleh menjejaskan sokongan BN di negeri itu.

Hamzah-Abdullah-shafie-apdal-ditahanALOR SETAR: Penahanan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menjejaskan sokongan kepada BN di negeri itu, kata seorang pembahas di Konvensyen Nasional Amanah 2017 hari ini.

Wakil delegasi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah berkata tindakan terhadap Shafie ini mengulangi peristiwa 1985, apabila seorang tokoh tempatan, Datuk Joseph Pairin Kitingan, diusir daripada Barisan Nasional dan kemudian membawa kepada tumbangnya BN di Sabah.

“Rakyat Sabah biasa tukar kerajaan dan kali ini 25 kerusi BN yang mereka anggap sebagai simpanan tetap akan jadi mimpi ngeri,” kata Hamzah semasa membahaskan ucapan dasar presiden.

Pairin mengasaskan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Mac 1985 selepas bertelagah dengan Presiden Parti Berjaya Tan Sri Harris Salleh, yang merupakan ketua menteri itu

Dengan majoriti ahli daripada kaum Kadazan-Dusun, slogan “Sabah untuk rakyat Sabah” parti itu menyaksikan PBS memenang pilihan raya negeri 1985, 1986 dan 1994.

“Sabah ini lah yang menyelamatkan BN pada PRU13 dan kali ini Sabah akan meneruskan agenda mengubah kerajaan Umno-BN,” kata Hamzah.

Beliau percaya ada rahmat tersembunyi di sebalik penahanan bekas menteri persekutuan itu. Hamzah berkata tindakan terhadap Shafie dan pimpinan parti baharu Sabah itu memberi isyarat tiada parti mampu bersendirian dalam usaha melawan Barisan Nasional.

“Kita dari Amanah akan terus mendekati Warisan untuk bersama Pakatan Harapan,” katanya.

Shafie ditahan pada Khamis dalam siasatan ke atas dakwaan penyelewengan dana kerajaan pusat untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah.

Bekas menteri kemajuan luar bandar itu direman 4 hari bermula semalam, dan merupakan individu ke-11 yang ditahan berhubung kes itu.

Kira-kira 350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dilaporkan dipantau SPRM atas dakwaan penyelewengan dana persekutuan.

Dana RM1.5 bilion itu dikatakan sebahagian daripada RM7.5 bilion untuk pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan, antara 2009 hingga 2015.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments