Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Perkasa sokong 100% anak tempatan terajui MAB asal bukan Mat Salih

 | October 21, 2017

Datuk Ibrahim Ali berkata, sokongan yang diberikan Perkasa bukan kerana Izham seorang Melayu, sebaiknya anak tempatan menerajui MAB bukannya bergantung harap kepada tenaga asing.

Ibrahim-Ali-mab-malaysia-planeKUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyokong 100% pelantikkan Kapten Izham Ismail sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAB) menggantikan Peter Bellew.

Presidenya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sokongan yang diberikan Perkasa bukan kerana Izham seorang Melayu, sebaiknya anak tempatan menerajui MAB bukannya bergantung harap kepada tenaga asing.

“Saya amat gembira Kapten Izham dilantik CEO baharu Malaysia Airlines mengantikan Bellew yang saya kira juga satu kejutan… lebih baik juga Bellew berhenti, boleh Melayu ganti, malah Bellew sebelum ini mengakui kehebatan Izham, jadi kita berdoa supaya Malaysia Airlines tidak ada lagi cerita-cerita sedih selepas ini.

“Izham juga ada kelayakkan dan kita bukan tengok dari segi kaum tetapi secara kebetulan Izham itu Melayu, tetapi yang penting individu yang dilantik rakyat negara kita sendiri,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Perkasa Lembah Pantai hari ini.

Pada Julai 2016, Ibrahim secara lantang mengkritik pelantikan Bellew apabila mempersoalkan mengapa MAB masih melantik warga asing sebagai peneraju syarikat penerbangan negara itu.

Lembaga pengarah Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) dan MAB semalam mengumumkan pelantikan Izham sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan menggantikan Bellew berkuat kuasa serta-merta.

Izham yang berkhidmat di MAB selaku ketua pegawai operasi (COO) merupakan orang ke-3 menduduki kerusi penting itu dalam tempoh 2 tahun ini.

MAB dalam kenyataan berkata Izham akan menyandang jawatan itu mulai 1 Disember 2017 dengan pemergian Bellew.

Menurut MAB, pelantikan Izham sejajar dengan rancangan penggantian kepimpinan dalam pelan pemulihan Malaysia Airlines.

Mengulas lanjut, Ibrahim turut menepis dakwaan kononnya pelantikan Izham menerajui MAS akan meletakkan Malaysia sukar menandingi agensi penerbangan di peringkat antarabangsa.

“Untuk bersaing dengan negara luar ia memerlukan integriti, sebab dengan ilmu, kepandaian tidak ada erti jika tiada integriti, kalau ada 10 PHD, berdozen kelulusan ke tidak bermakna kalau tiada integriti.

“Kita jangan pandang rendah untuk bersaing dengan syarikat luar negara, cuba kita tengok AirAsia, Tony Fernandes beliau juga dari Malaysia beliau boleh berjaya dan kita bangga walaupun dia bukan Orang Melayu tapi kita bangga sebab dia membawa bendera Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ibrahim berharap Izham tidak menjadikan MAS sebagai tempat memenuhi agenda peribadi, sebaliknya perlu mempunyai nilai integriti yang tinggi sekali gus memulihkan kembali Malaysia Airlines.

Kapten Izham Ismail bos baharu Malaysia Airlines

Najib yakin Kapten Izham akan pulihkan Malaysia Airlines


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments