Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Reman adik Shafie Apdal disambung 2 hari

 | October 21, 2017

Pihak SPRM memohon tempoh reman terhadap Mohd Yusof disambung selama 7 hari, namun, mahkamah hanya membenarkan 2 hari.

yusof-apdal-tangkap-sprm-sabah-1KOTA KINABALU: Tempoh reman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana berkaitan projek luar bandar di Sabah, dilanjutkan 2 hari lagi mulai esok.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengeluarkan perintah sambung reman itu terhadap adik bekas menteri persekutuan yang kini Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, di sini, setelah tempoh reman sejak 18 Oktober lepas berakhir hari ini.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Faliq Basiruddin, ketika ditemui pemberita selepas perintah sambung reman dikeluarkan mahkamah berkata, pihak SPRM memohon tempoh reman terhadap Mohd Yusof disambung selama 7 hari, namun, mahkamah hanya membenarkan 2 hari.

Mohd Yusof, 57, merupakan individu kesembilan daripada 11 individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar berjumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diseleweng daripada sebuah kementerian.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah bagi tempoh 2009 hingga 2015.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Faliq berkata, Mohd Shafie buat masa ini tidak berada di dalam lokap SPRM tetapi masih berada di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 bagi menjalani rawatan.

“(Buat) masa ini saya fikir (Mohd Shafie) masih di hospital untuk rawatan. Jika beliau fit (sihat) untuk dimasukkan ke dalam lokap (SPRM), kami akan masukkan. Apa-apa pun, kami menunggu laporan daripada pihak hospital,” katanya.

Mohd Shafie telah dimasukkan ke HQE 2 pada Khamis malam kerana mengalami tekanan darah tinggi sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret pada Jumaat bagi mendapatkan perintah tahanan reman.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments