Tanah runtuh: Polis akan turut jalankan siasatan
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata fokus awal ketika ini ialah untuk kerja SAR oleh agensi berkaitan memandangkan mangsa terlibat dipercayai tertimbus sehingga kedalaman 10 meter.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata fokus awal ketika ini ialah untuk kerja SAR oleh agensi berkaitan memandangkan mangsa terlibat dipercayai tertimbus sehingga kedalaman 10 meter.
“Setelah kami mengenal pasti identiti mangsa yang terlibat, kita akan maklumkan kepada kedutaan yang terlibat untuk dimaklumkan kepada keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata sehingga pukul 4 petang tadi, hanya 3 mayat mangsa ditemui, dua daripadanya merupakan warga Bangladesh dan seorang lagi dipercayai etnik Rohingya.
“Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dari Putrajaya dijangka akan tiba petang ini untuk membantu kerja SAR, selain Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang sudah berada di sini sejak pagi tadi,” katanya.
Kejadian tanah runtuh itu dilapor pada pukul 8.57 pagi melibatkan 14 mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan tanah.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Mereka terdiri daripada seorang rakyat tempatan manakala yang lain terdiri daripada rakyat Indonesia, Rohingya dan Bangladesh.