Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Zahid: Jusuf Kalla turut rasa hina Dr Mahathir label Bugis lanun

 | October 21, 2017

Naib presiden Indonesia mengakui tersinggung dan berasa terhina dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Bugis sebagai lanun, kata Ahmad Zahid.

ahmad-zahid-hamidi-Jusuf-Kalla-orang-bugisISTANBUL: Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mengakui tersinggung dan berasa terhina dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Bugis sebagai lanun, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata perasaan kecewa itu diluahkan secara peribadi oleh pemimpin Indonesia itu kepada beliau ketika mereka bertemu dalam perbincangan tidak rasmi pada Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) yang berakhir di sini semalam.

“Sebagai naib presiden Indonesia yang berketurunan Bugis beliau sangat-sangat tersinggung dengan ungkapan yang seolah-olah telah menghina keturunan Bugis walau di mana mereka berada sama ada di Malaysia atau di Sulawesi (Indonesia),” katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang kini berada di Turki bagi mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak itu berkata istilah lanun itu amat tidak wajar kerana sejarah membuktikan keturunan Bugis adalah sebahagian daripada pahlawan Melayu yang memelihara keamanan di Nusantara suatu ketika dahulu.

Beliau berkata malahan istilah lanun itu sengaja diwujudkan oleh para penjajah bagi merendah-rendahkan sumbangan dan peranan pahlawan Melayu ketika itu kerana bertindak memerangi kehadiran penjajah.

“Jadi jika ada sesiapa yang mengatakan Bugis itu lanun, ia adalah sama dengan apa yang telah dilontarkan oleh penjajah serta tidak banyak berbeza dengan pandangan salah dahulu,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata sehingga ini pihak berkuasa telah menerima banyak laporan polis daripada individu dan persatuan yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan berkaitan isu itu.

“Polis akan meneliti semua laporan polis yang dibuat oleh mereka,” katanya.

Beberapa pihak yang mewakili masyarakat Bugis di Malaysia sebelum ini menuntut Dr Mahathir untuk membuat permohonan maaf secara terbuka apabila mengaitkan Bugis sebagai lanun.

Dr Mahathir pada perhimpunan yang dihadiri pemimpin pembangkang di Petaling Jaya minggu lepas cuba mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai mungkin berasal daripada lanun Bugis.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments