Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Agama bukan alat politik, kata perwakilan Amanah

 | October 22, 2017

Perwakilan Amanah dari Terengganu mengingatkan semua pihak agar jangan jadikan agama sebagai alat untuk menakutkan masyarakat bagi menarik lebih ramai pengundi untuk sertai politik seperti dilakukan PAS.

undi_melayuALOR SETAR: Perwakilan Amanah dari Terengganu mengingatkan semua pihak agar jangan jadikan agama sebagai alat untuk menakutkan masyarakat bagi menarik lebih ramai pengundi untuk sertai politik seperti dilakukan PAS.

Roslan Ismail berkata tindakan sedemikian telah membentuk pandangan dan persepsi dalam kalangan masyarakat marhaen dengan beranggapan bahawa perlu menyertai parti itu sekiranya hendak ke jalan benar.

“Perkara ini telah menjadi barah yang sedang melanda negara ini dan menyebabkan masyarakat terutamanya golongan anak muda terpengaruh untuk menyertai parti tersebut,” katanya ketika membahas pidato Presiden Amanah sempena Konvensyen Nasional 2017 parti itu di sini hari ini.

Sementara itu, perwakilan Amanah Kedah Ridzwan Abu Bakar berkata sesebuah parti itu sepatutnya bersifat sebagai pelindung dan menawarkan kesamarataan kepada rakyat.

“Calon yang diketengahkan perlu mempunyai sifat pelindung untuk melindungi generasi sekarang dan masa hadapan kerana ini penting bagi membolehkan derita rakyat didengari,” katanya.

Beliau berkata Amanah seharusnya bertindak sebagai faktor pemersatuan atau ‘gam’ untuk menyatupadukan rakyat demi kemakmuran negara.

Konvensyen kali kedua parti tersebut berlangsung mulai kelmarin dan berakhir hari ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments