Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bekas pensyarah hina gambar PM, isteri ditahan

 | October 22, 2017

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 58 tahun itu ditahan di kediamannya di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 9.45 malam semalam.

Wan-Ahmad-Najmuddin_internet_600KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang bekas pensyarah di sebuah universiti swasta kerana disyaki menghina dan mengubah suai gambar perdana menteri dan isteri dalam media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 58 tahun itu ditahan di kediamannya di Jalan Dang Wangi, di sini pada 9.45 malam semalam.

Beliau berkata suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan dan gambar yang boleh mendatangkan aib kepada mana-mana individu yang boleh,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Wan Ahmad Najmuddin berkata suspek direman 3 hari bermula hari ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments