Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Demi semangat BN, Gerakan terbuka tukar kerusi tradisi

 | October 22, 2017

Presiden Gerakan berkata, pihaknya menghormati keputusan yang akan dibuat komponen BN meskipun parti itu tidak kekal bertanding di kerusi yang ditandingi semasa pilihan raya umum lalu.

Mah-Siew-Keong-gerakanKUALA LUMPUR: Gerakan terbuka menerima keputusan sekiranya gabungan parti komponen Barisan Nasional (BN) sebulat suara memutuskan tiada lagi status quo kerusi tradisi parti masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, pihaknya menghormati keputusan yang akan dibuat komponen BN meskipun parti itu tidak kekal bertanding di kerusi yang ditandingi semasa pilihan raya umum lalu.

Katanya, apa yang penting parti komponen BN memperoleh kemenangan majoriti dalam PRU14.

“Semalam kita ada perhimpunan di mana semua parti komponen BN mengambil bahagian dan saya rasa bangga sebab komitmen semalam jelas menunjukkan semangat BN bersatu.

“Ada cadangan supaya jika perlu, kemungkinan kerusi tradisi parti yang diberi kepada parti (dalam komponen BN), boleh ditukar.

“Saya terbuka untuk perkara itu (tukar kerusi), pada masa ini kita dalam perbincangan dengan parti lain berhubung tukar kerusi tradisi antara komponen BN.

“Apa yang penting kita mahu pastikan BN menang,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Gerakan hari ini.

Taklimat Pemukiman Jentera Barisan Nasional (BN) oleh Pengerusinya Datuk Seri Najib Razak semalam menekankan hasrat parti pemerintah itu untuk memperoleh kemenangan 2/3 dalam PRU14.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar sambil menjelaskan Najib mahu rakan komponen BN tidak seharusnya terikat untuk mengekalkan status quo kerusi tradisi parti masing-masing jika mahu kekal berkuasa dan menambah majoriti.

BN hilang kerusi majoriti dua pertiga dalam PRU 2008 dan 2013.

Noh pada masa yang sama memberitahu beliau menyambut baik amanat Najib, juga perdana menteri dan presiden Umno, yang mahu parti komponen perlu lebih bertoleransi dalam soal kuota kerusi yang ditandingi dengan matlamat untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Noh Omar: Najib mahu BN menang 2/3 dalam PRU14


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments