Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Gerakan: Jika Guan Eng dengar aduan tragedi tanah runtuh boleh dielak

 | October 22, 2017

Presiden Gerakan mendesak kerajaan negeri menilai kembali semua projek di Pulau Pinang sama ada selamat atau sebaliknya supaya insiden semalam tidak berulang.

Mah-Siew-Keong-lim-guan-engKUALA LUMPUR: Gerakan menyifatkan kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai “sombong” kerana enggan mendengar bantahan penduduk berhubung pembinaan projek pembangunan di lereng bukit sehingga berlakunya tanah runtuh semalam.

Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, sekiranya kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng mendegar bantahan penduduk termasuklah yang dikemukakan Adun DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu, kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan yang menyaksikan 11 orang tertimbus boleh dielakkan.

“Saya kecewa sebab sebelum ini NGO, penduduk termasuklah Adun Tanjung Bungah dari DAP sendiri sudah banyak kali membantah projek pembangunan di lereng bukit di Pulau Pinang.

“Tapi projek tersebut diteruskan. Jadi jika (kerajaan DAP) dengar bantahan mereka tragedi semalam tidak akan berlaku,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Gerakan hari ini.

Sehubungan itu beliau mendesak kerajaan negeri menilai kembali semua projek di Pulau Pinang sama ada selamat atau sebaliknya supaya insiden semalam tidak berulang.

“Saya rasa selepas ini semua projek di Pulau Pinang perlu dinilai semula sebelum ia diluluskan atau diteruskan pembinaan sebab kita tidak mahu ada lagi kejadian sama berulang,” katanya.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 11 mangsa tertimbus manakala 7 disahkan terbunuh. Setakat tengah hari tadi 7 mayat telah dikeluarkan.

Susulan kejadian itu, kerajaan Pulau Pinang akan menubuhkan suruhanjaya siasatan negeri bagi menyiasat kejadian tersebut.

Guan Eng berkata, beliau terkejut melihat banyak nyawa hilang dan berjanji untuk mencari punca kejadian.

Yee Cheu memohon maaf kepada semua rakyat di Pulau Pinang ekoran tragedi itu.

Beliau berkata pihak berkuasa perlu menjelaskan kepada rakyat apa yang telah berlaku dan punca kejadian itu.

Jelas wakil rakyat DAP itu memberitahu beliau pernah membantah kerja-kerja membina kondominium bertingkat tinggi, bersama-sama dengan Persatuan Penduduk Tanjung Bungah sebelum ini.

Tanah runtuh: Adun Tanjung Bungah minta maaf

Tanah runtuh: Guan Eng sedih, tubuh suruhanjaya siasatan negeri


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments