Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Janji manismu takkan ku percaya lagi, kata Mat Sabu kepada PAS

 | October 22, 2017

Mohamad Sabu mendedahkan ada pemimpin PAS Pusat cuba memujuk beliau kembali kepada PAS.

mat-sabu-pasALOR SETAR: Presiden Amanah Mohamad Sabu hari ini mendedahkan ada pemimpin PAS Pusat cuba memujuk beliau kembali kepada PAS.

Menurut Mohamad, pemimpin PAS itu selalu “menghentamnya” di luar namun berlaku sebaliknya ketika bersemuka.

“Di lapangan terbang, dari jauh dia duduk meja lain (dia datang) duduk dengan saya. Dia kata ‘Bang Mat, kembalilah…’, saya kata ‘janji manismu takkan ku percaya lagi,” katanya disambut tawa para perwakilan di Konvensyen Nasional Amanah 2017 hari ini.

Mohamad semasa ucapan penangguhan mesyuarat berkata “orang-orang PAS” sebenarnya masih menghargai persahabatan mereka dan ada dalam kalangan mereka memberikan dorongan kepadanya untuk meneruskan “perjuangan”.

Mohamad mengingatkan para perwakilan bahawa Amanah kini semakin dikenali dan diiktiraf orang ramai.

“Berapa tahun kita berceramah kalau tak banyak sikit, kita terlibat dalam kutip derma, beri sumbangan. Kalau kita lihat di Shah Alam ada ‘Padang Mat Sabu’ di Seksyen 27,” katanya.

Mohamad, dam beberapa ahli veteran PAS yang tewas dalam pemilihan parti 2015 mengambil keputusan untuk keluar parti dan menubuhkan sebuah parti yang bersekutu dengan PKR dan DAP dalam gabungan pembangkang, Pakatan Harapan.

Jawatan tertinggi PAS yang pernah disandang Mohamad sejak menyertai parti itu pada 1981 ialah timbalan presiden.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments