Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kecuaian mungkin punca tragedi tanah runtuh, kata Guan Eng

 | October 22, 2017

Ketua menteri Pulau Pinang berkata antara perkara yang akan dilihat ialah kecuaian, kelemahan pemantauan dan ketakpatuhan prosedur keselamatan.

lim-guan-eng-landslide-penang-1GEORGE TOWN: Ketua menteri Pulau Pinang berkata kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan sebuah kondominium di Tanjung Bungah mungkin antara lain disebabkan kecuaian.

Lim Guan Eng berkata perkara itu disyaki dan pendedahan akan dibuat oleh suruhanjaya siasatan yang bakal ditubuhkan.

Dalam pada itu, ketua menteri berkata kontraktor bangunan dan perunding pakar projek itu akan disenaraikan hitamkan buat masa ini oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sehingga suruhanjaya membersihkan nama mereka

“Walaupun kita tidak mahu berspekulasi, kecuaian profesional, kelemahan pemantauan dan ketakpatuhan prosedur keselamatan pekerjaan disyaki berlaku.

“Ada sesuatu yang tidak betul sudah berlaku di tapak pembinaan itu kerana tiada hujan turun dalam beberapa hari kebelakangan ini yang boleh menyebabkan cerun runtuh.

“Pemaju tidak akan dibenarkan memulakan kerja membina projek perumahan mampu milik sehingga suruhanjaya selesai menjalankan siasatan dan mengemukakan penemuan mereka,” kata Guan Eng kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata MBPP sudah diarahkan untuk memeriksa semua tapak pembinaan, terutamanya berkaitan cerun bagi memastikan garis panduan keselamatan dipatuhi.

“Saya mahu mengesyorkan suruhanjaya siasatan diberi kuasa untuk menyiasat semua perkara sampingan yang berkaitan dengan projek itu,” kata Lim.

Pegawai penyelamat memberitahu pemberita seramai 11 orang dikhuatiri maut dalam timbunan tanah daripada cerun bukit di tapak pembinaan berdekatan Kolej Tunku Abdul Rahman.

Tujuh individu berjaya dikeluarkan, kebanyakannya pekerja pembinaan warga asing dari Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Pakistan.

Seorang penyelia tapak warga tempatan dan 4 individu lain masih belum ditemui setakat berita ini ditulis.

Guan Eng menyampaikan takziah kepada negara yang kehilangan warga mereka dalam kejadian itu.

“Kerajaan Pulau Pinang mengucapkan takziah kepada keluarga rakyat Malaysia di Pulau Pinang, serta kerajaan Bangladesh, Indonesia, Pakistan dan Myanmar.

“Kami juga ingin berterima kasih kepada bomba, jabatan pertahanan awam, polis, agensi kerajaan tempatan dan NGO, Tzu Chi, atas bantuan dan usaha mereka.

“Kami berterima kasih kepada keprihatinan yang masyarakat berikan, dan kami berharap keluarga terkesan diberi ruang untuk berkabung dan kerja-kerja menyelamat diteruskan tanpa halangan.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments