Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tariq Ismail: Usul Hadi tidak manfaatkan rakyat

 | October 22, 2017

Cucu bekas timbalan perdana menteri itu berkata isu yang harus diberi tumpuan ialah isu yang menjejaskan rakyat.

tariq-hadiKUALA LUMPUR: Cucu kepada bekas timbalan perdana menteri Tariq Ismail secara terang-terangan membidas usul kontroversi PAS yang mahu memperkasakan mahkamah syariah.

Beliau berkata pengundi harus difahamkan rang undang-undang (RUU) persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan memberi manfaat kepada mana-mana orang.

“Cara beliau tangani RUU 355 itu memberikan duluan yang sangat buruk…kita perlu beritahu Hadi sama ada kamu mahu bersekutu dengan Rosmah Mansor (isteri perdana menteri),” katanya pada forum “Tiga penjuru: Kemenangan untuk Pakatan Harapan”.

Ahli majlis pimpinan PPBM itu merujuk kepada cadangan Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Tariq berkata kenyataan itu adalah pandangan peribadi. Bagi Tariq, usul Hadi itu akan mewujudkan perpecahan kerana presiden PAS menggunakan dasar populis untuk menguja perasaan dalam kalangan orang Islam.

Oleh itu, Pakatan Harapan harus menumpukan kepada keperluan pengundi, katanya.

“GST, kos sara hidup membebankan rakyat. Bukan hudud atau khalwat.”

Tariq memberitahu peserta forum bahawa beliau sebenarnya faham Hadi mahu membetulkan masyarakat, “tetapi tidak betul cara beliau melakukannya”.

Beliau berkata cadangan memperkasa mahkamah syariah itu ada kewajarannya namun cara ia ditangani boleh dianggap tidak berperlembagaan.

“Kerana perkara ini perlu kembali kepada negeri dan Majlis Raja-raja…kalau kamu perhatikan Perkara 3 Perlembagaan, Islam terletak dalam bidang kuasa raja-raja maka tindakan Hadi itu salah,” katanya.

Beliau berkata masyarakat Melayu harus sedar bahawa mereka tidak boleh terjerumus ke dalam perangkap RUU 355.

“Umno suka apa yang berlaku. Mereka bermain dengannya.”

Usul Hadi muncul lagi dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat yang akan bersidang esok. Ini merupakan kali ke-7 usul Hadi muncul dalam aturan mesyuarat.

Usul Hadi berada di agenda ke-5 selepas RUU kerajaan.

Usul itu mahu mencadangkan hukuman maksimum mahkamah syariah ditingkatkan dari 3 tahun penjara ke 30 tahun, denda RM5,000 ke RM100,000 dan 6 sebatan rotan kepada 100 rotan.

Tariq berkata beliau tidak perlu pakai kopiah untuk menunjukkan dirinya seorang Islam.

“Kepercayaan kamu antara kamu dan Tuhan,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments