Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Wanita maut ditikam sepupu dengan gunting

 | October 22, 2017

Mangsa Robiatul Ain Mahamod, 27, pada mulanya dikatakan bertengkar dengan sepupunya yang berusia 26 tahun kerana dikatakan menghisap dadah dan mencuri.

scissor

KUANTAN: Seorang suri rumah maut akibat ditikam di muka serta bahu dengan gunting oleh sepupunya di Taman Temerloh Makmur, Temerloh malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.20 malam itu, mangsa Robiatul Ain Mahamod, 27, pada mulanya dikatakan bertengkar dengan sepupunya yang berusia 26 tahun kerana dikatakan menghisap dadah dan mencuri di dalam rumah berkenaan.

Ketua Polis Temerloh, ACP Zundin Mahmood berkata berang dengan tuduhan itu, suspek yang berkerja sebagai pencuci kereta di kedai milik adik mangsa telah bertindak mengambil gunting dan menikam mangsa beberapa kali.

“Jiran yang mendengar bunyi bising dan jeritan mangsa kemudian telah menghubungi bapa mangsa yang juga anggota di Balai Polis Temerloh. Mangsa ditemui dalam keadaan berdarah dengan kesan tikaman.

“Mangsa kemudian segera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia pada 10.37 malam.” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pihak polis turut menemui gunting yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

Zundin berkata suspek telah ditahan ketika bersembunyi di belakang sebuah rumah kosong kira-kira 70 meter dari tempat kejadian tidak sampai sejam selepas itu.

Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments