Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Zahid: Boleh beza pandangan tapi jangan hancurkan negara

 | October 22, 2017

Zahid berkata rakyat Malaysia perlu belajar melalui sejarah bagi menggelak daripada mengulangi kesilapan lampau yang hanya akan merugikan negara bagi tempoh jangka panjang.

zahid-hamidi_rakyat_malaysia_6001

ISTANBUL: Rakyat Malaysia perlu belajar melalui sejarah bagi menggelak daripada mengulangi kesilapan lampau yang hanya akan merugikan negara bagi tempoh jangka panjang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, banyak catatan sejarah dunia boleh dijadikan iktibar terutama berkaitan kejatuhan sesuatu kerajaan dan empayar hanya kerana perbalahan sesama sendiri oleh pemimpin dan rakyat.

“Kita boleh berbeza pandangan tetapi jangan sampai perbezaan pandangan kita menghancurkan negara,” katanya pada majlis makan malam bersama Diaspora Malaysia di sini malam tadi.

Beliau berada di Turki sejak Khamis bagi mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) yang berlangsung di sini.

Ahmad Zahid berkata kerajaan sekarang gigih untuk memastikan Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang dikagumi dunia dalam setiap bidang melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

“Kita mahu Malaysia berada di tahap 20 negara terbaik dunia menjelang 2050,” katanya.

Pada majlis ramah mesra itu, Timbalan Perdana Menteri turut berkongi pengalamannya melawat kem pelarian Rohingya di Kutupalong di Cox’s Bazar, Bangladesh pada awal minggu ini yang menyaksikan ribuan pelarian itu hidup dalam keadaan sengsara dan serba kekurangan.

Menurutnya Malaysia dan Turki di bawah kepimpinan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan bersepakat untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian itu termasuk melalui komitmen Malaysia bagi membina sebuah hospital lapangan lapangan yang dilengkapi 50 katil di Cox’s Bazaar supaya lebih ramai pelarian menerima penjagaan kesihatan lebih baik.

“Presiden Erdogan sendiri bersetuju untuk membekalkan 20,000 buah khemah, kemudahan sekolah serta menyediakan bekalan makanan dan minuman termasuk pakaian kepada pelarian Rohingya,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments