2 mangsa terakhir tanah runtuh di Tanjung Bungah ditemui
Dua mayat terakhir – seorang warga Bangladesh, Muhammad Monirul Islam dan warga tempatan, Yuan Kouk Wern, 27, ditemui pagi ini.
Dua mayat terakhir – seorang warga Bangladesh, Muhammad Monirul Islam dan warga tempatan, Yuan Kouk Wern, 27, ditemui pagi ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus berkata, proses mengeluarkan mayat Monirul tidak mengambil masa lama, ekoran keadaan persekitaran yang mudah.
Bagaimanapun, katanya, proses mengeluarkan mayat terakhir yang juga rakyat tempatan mungkin mengambil sedikit masa kerana mangsa dihempap jeriji besi.
“Mayat ke-11 yang merupakan rakyat tempatan dan terakhir dijangka dapat dikeluarkan sebelum tengah hari ini,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.
Sehingga kini, 10 mayat dibawa keluar dari kawasan runtuhan, iaitu 3 warga Myanmar, Yunus Nazir Huson, Muhammad Elyas Mustak dan Rahmatullah Mohd Sidiq; 4 warga Bangladesh, Hossen Mia, Nur Alam, Rahaman Abdur dan Muhammad Monirul; 2 warga Indonesia, Hosrin Sharif dan Erwin Salis serta seorang rakyat Pakistan, Raza Ali.
Ketika kejadian 8.57 pagi kelmarin, semua 11 mangsa sedang bekerja di bahagian bawah bangunan yang dalam pembinaan itu, apabila lereng bukit itu runtuh dan menimbus mereka.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Difahamkan, kerja yang sedang dijalankan ialah pembinaan struktur tingkat bawah tanah bangunan 50 tingkat projek milik syarikat swasta itu.