Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

2 RUU ditarik balik di Dewan Rakyat

 | October 23, 2017

Usul menarik balik RUU itu masing-masing dikemukakan menteri sumber manusia dan timbalan menteri kewangan.

Richard-Riot-pekerjaKUALA LUMPUR: Dua rang undang-undang (RUU) iaitu RUU Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan RUU Setem (Pindaan) 2017 yang dijadual untuk bacaan kali ke-2 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini ditarik balik.

Usul menarik balik RUU itu masing-masing dikemukakan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Riot dalam kenyataan berkata, RUU itu ditarik balik bagi membolehkan RUU Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang baru dibentangkan untuk bacaan pertama esok.

Beliau berkata kerajaan komited untuk melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan mulai Januari 2018.

“Pelaksanaan sistem insurans pekerjaan merangkumi semua majikan dan pekerja di sektor swasta iaitu lebih kurang 430,000 majikan dan 6.6 juta pekerja,” katanya.

Katanya, pekerja yang kehilangan pekerjaan dan telah mencarum bagi tempoh tertentu layak menuntut bantuan kewangan daripada sistem insurans pekerjaan dan perkhidmatan pekerjaan termasuk kaunseling kerjaya, carian dan penjodohan kerja, penempatan serta latihan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments