Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Lelaki dan wanita perlu diasingkan pada ‘jarak sesuai’, kata PAS

 | October 23, 2017

Ia selepas MCA mengadu acara senamrobik menerima gangguan pihak berkuasa tempatan Jumaat lalu.

Fattah-Mahmood-senamanPETALING JAYA: Lelaki dan wanita perlu diasingkan “dengan jarak sesuai” sebelum sebarang aktiviti senaman dibenarkan, kata kerajaan negeri Kelantan selepas dakwaan sebuah acara senamrobik anjuran MCA di Kota Bharu semalam menerima halangan pihak berkuasa.

“Polisi kerajaan Kelantan sudah lama di mana setiap aktiviti awam perlu ada pengasingkan antara lelaki dan perempuan sekiranya ingin mengadakan aktiviti dalam satu majlis,” kata Exco mengenai Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

“Bukannya kita tidak benarkan langsung.”

Fattah berkata dalam acara senaman anjuran kerajaan negeri, lelaki dan perempuan diasingkan.

Tambahnya, peraturan itu tidak terpakai sekiranya tiada peserta Islam.

“Kalau program tersebut semua disertai bukan Islam, kita tidak halang dan menghormati hak masyarakat bukan Islam untuk mengadakan aktiviti secara bercampur,” katanya kepada FMT.

Jumaat lalu, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) bertindak menghentikan sebuah program senamrobik anjuran Wanita MCA Kota Bharu, dengan alasan peserta lelaki tidak boleh bercampur wanita di samping tiada permit.

Akhbar berbahasa Cina, Guang Ming Daily melaporkan program “Aerobathon” anjuran bersama Komuniti 1Malaysia Kelochor itu diadakan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Cheng di Kota Bharu, dan turut merangkumi kempen derma darah dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.

Selepas berhubung dengan pihak berkuasa, senamrobik itu diteruskan tanpa peserta lelaki.

Pengerusi MCA Kota Bharu, Datuk Tan Ken Ten berkata keputusan itu kerana peserta lelaki tidak ramai.

Fattah bagaimanapun menafikan MPKB menghalang aktiviti tersebut.

“Menurut polisi kerajaan negeri, dalam program awam perlu ada pengasingan lelaki dan perempuan. Itu sahaja, malah kita tidak halang pun,” katanya.

Beliau turut menududh MCA memperbesarkan isu tersebut untuk tujuan politik.

“Saya lihat isu ini sengaja dibangkitkan bagi tujuan modal politik. MCA ini sudah tiada idea untuk serang kerajaan negeri, benda kecil macam itu nak dijadikan isu.”.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments