Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Militan warga Sabah dipercayai antara 42 orang terbunuh di Marawi

 | October 23, 2017

Warga Malaysia dan negara asing lain juga dipercayai terbunuh dalam serangan tentera hari ini.

kid_isis_600

KOTA KINABALU: Militan warga Malaysia dari Sabah, Mohd Amin Baco, dipercayai antara 42 orang yang terbunuh dalam pertempuran antara militan dan tentera di bandar Marawi, selatan Filipina hari ini, kata sumber.

Sumber di Marawi berkata selain Amin, militan warga Malaysia dan negara asing lain juga mungkin terbunuh dalam serangan ke atas sebuah bangunan 2 tingkat yang menjadi kubu terakhir militan di bandar itu.

Tentera Filipina hari ini berkata mereka belum dapat mengesahkan sama ada pengganas Malaysia paling dikehendaki, Mahmud Ahmad, antara 42 mayat yang dikeluarkan itu.

Polis Malaysia dan Kementerian Pertahanan sebelum ini berkata mereka masih menunggu laporan rasmi daripada pihak Filipina tentang kematian militan warga Malaysia.

Semalam, tentera Filipina berkata kira-kira 30 saki baki militan masih bertahan dalam bangunan yang dikepung tentera.

Tidak pasti sama ada semua 42 mayat itu adalah mayat militan hari ini atau termasuk mereka yang terbunuh sebelum ini.

Ketua angkatan tentera Filipina Jeneral Eduardo Ano hari ini berkata antara mayat warga asing yang dikeluarkan hari ini ialah militan yang sempat menyelamatkan diri dalam serbuan 16 Oktober lepas yang meragut nyawa pemimpin mereka, Isnilon Hapilon dan Omar Maute.

Setiausaha Pertahana Filipina Delfin Lorenzana hari ini mengumumkan tiada lagi militan di bandar itu.

Beliau berkata 2 isteri militan antara 42 mayat yang dikeluarkan dalam serangan terakhir itu. Menurutnya lagi, semua mayat itu adalah mayat militan kerana semua tebusan berjaya diselamatkan beberapa hari sebelumnya.

Pada Jumaat, FMT diberitahu seorang bekas tebusan di Marawi bahawa seorang remaja, berusia kira-kira 13 tahun, bertempur melawan tentera bersama bapanya, seorang militan warga Malaysia.

Pengajar di sebuah kolej, Lordvin Acopio memberitahu FMT, remaja itu mengangkat senjata dan selalu berada di barisan depan bersama bapanya.

FMT hari ini bertanyakan kepada Lorenzana di Twitter mengenai kedudukan remaja itu atau sama ada mayat remaja itu dalam kalangan 42 mayat yang dikeluarkan daripada kubu militan hari ini.

Lorenzana belum menjawab pertanyaan itu setakat berita ini ditulis.

Pada Sabtu, FMT melaporkan penemuan itu kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun yang berkata polis akan menyiasat perkara itu.

Semalam, timbalan komander pasukan petugas khas wilayah Ranao, Kolonel Romeo Brawner Jr dilaporkan berkata tentera menggesa militan yang terkepung supaya menyerahkan semua militan wanita dan militan kanak-kanak.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments