Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Panglima tentera Indonesia dihalang ke AS

 | October 23, 2017

Gatot dijemput oleh ketua tentera Amerika Syarikat menghadiri persidangan di Washington.

gatot

PETALING JAYA: Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Gen. Gatot Nurmantyo dihalang menaiki pesawat ke Amerika Syarikat untuk menghadiri sebuah persidangan di Washington.

Gatot dan isterinya dimaklumkan arahan itu oleh penerbangan Emirates yang sepatutnya membawa mereka ke Amerika Syarikat Sabtu lalu.

Gatot dijemput oleh Ketua Turus Angkatan Tentera AS, Ge. Joseph Dunford untuk menghadiri persidangan di Washington, lapor media Indonesia.

Sejurus sebelum berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Banten, beliau dimaklumkan namanya disenaraihitam oleh pihak berkuasa AS.

Sehubungan itu, Kementerian Luar Indonesia menghantar nota diplomatik kepada Setiausaha Luar AS untuk mendapatkan penjelasan.

Jakarta turut menghantar surat kepada Kedutaan AS di negara itu.

Beberapa diplomat kanan di kedutaan itu turut dipanggil oleh Kementerian Luar untuk memberi penjelasan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments