Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Sri Damansara Link dibuka tengah malam ini

 | October 23, 2017

Jajaran sepanjang 7.4 km itu menghubungkan Persimpangan Bertingkat Manjalara menghala ke Timur dengan Persimpangan Bertingkat Segambut di Jalan Segambut.

Datuk-Fadillah-Yusof-duke-2KUALA LUMPUR: Jajaran Sri Damansara Link (SDL) Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa 2 akan dibuka kepada umum mulai 12 malam ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jajaran sepanjang 7.4 km itu dijangka menyelesaikan masalah kesesakan di sekitar ibu kota terutama kawasan Jalan Segambut, Jalan Kuching, Rawang dan Kepong.

“SDL juga akan menambah baik sistem penyuraian trafik sekitar Jalan Lang Emas, Jalan Taman Bukit Maluri, Kepong dan Penchala selain menjimatkan masa kira-kira 10 minit,” katanya ketika merasmikan jajaran tersebut hari ini.

Fadillah berkata dianggarkan 30,000 pengguna akan menggunakan jajaran itu setiap hari.

Jajaran SDL menghubungkan Persimpangan Bertingkat Manjalara menghala ke Timur untuk berhubung dengan Persimpangan Bertingkat Segambut di Jalan Segambut.

Fadillah berkata jajaran itu juga dilengkapi kemudahan hentian Rehat dan Rawat (RNR) yang merangkumi kemudahan tempat meletak kenderaan, plaza tol dan lot komersial.

“Lebuh raya ini dilengkapi dengan 2 plaza tol iaitu Plaza Tol Segambut dan Plaza Tol Sentul Tambahan dan sebanyak 6 lorong disediakan bagi kedua-dua hala,” katanya.

Pengguna juga bakal menikmati pengecualian tol selama sebulan bermula tengah malam ini sehingga 22 Nov depan.

Pembukaan Jajaran SDL melengkapkan projek Lebuhraya DUKE fasa 2 yang melibatkan kos sebanyak RM1.183 bilion selepas pembukaan jajaran pertama Tun Razak Link (TRL) 28 Sept lalu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments