Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Zahid nafi laporan media mengenai jawapan di Dewan Rakyat

 | October 23, 2017

Pejabat TPM berkata beberapa laporan memanipulasikan jawapan Zahid Hamidi mengenai status siasatan ke atas ahli perniagaan Jho Low.

zahid-interpol-2KUALA LUMPUR: Berikut adalah kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung jawapannya terhadap soalan tambahan Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Azmin Ali mengenai bantuan Interpol mengesan kedudukan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low di Dewan Rakyat hari ini.

“Pejabat timbalan perdana menteri menafikan secara tegas laporan yang dibuat oleh beberapa media sosial yang telah memanipulasikan jawapan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sedang meminta bantuan Interpol bagi menjejak ahli perniagaan Jho Low.

“Jawapan timbalan perdana menteri ketika di sidang Parlimen pagi ini ke atas soalan tambahan ahli Parlimen Gombak jelas menyatakan bahawa tiada kes untuk disabitkan.

“Hubungan yang baik telah terjalin antara polis dan Interpol dalam menyiasat kes ini.

“Sehingga hari ini, polis telah menutup fail kes berkenaan dan tiada lagi permintaan oleh Interpol terhadap kes tersebut.

“Bagaimanapun, media berkenaan seolah menimbulkan isu pencarian semula terhadap Jho Low. Itu sama sekali tidak benar.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments