Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Yusof Apdal bebas dengan ikat jamin SPRM

 | October 23, 2017

Bagaimanapun beliau dikehendaki melaporkan diri ke pejabat SPRM sekali sebulan hingga kes selesai.

Yusof-Apdal2KOTA KINABALU: Adun Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 17 Oktober lalu dibebaskan hari ini.

Ketua Umno Bahagian Silam itu yang juga adik kepada bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dibebaskan kira-kira 10.05 pagi dengan ikat jamin SPRM sebanyak RM100,000 dengan RM 50,000 deposit berserta 2 penjamin tempatan.

Perintah pembebasan itu dibuat Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas mendengar permohonan Pegawai Pendakwa SPRM Faliq Basiruddin.

Mohd Yusof direman 6 hari bermula 18 Oktober bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun beliau dikehendaki melaporkan diri ke pejabat SPRM sekali dalam sebulan hingga kes selesai.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments